|
BIFA FARM(JMO489024-W )adalah berkonsepkan ramah mesra.Anda boleh menghubungi kami
BIFA FARMS sedia terima bantuan,komen,pandangan daripada anda
-------------------------------------
BIFA FARMS(JMO489024-W )
No 4A , Jln Emas 29,
81300 Skudai,Johor
No Tel :
607-557 5045
607-557 4758
Web Syarikat www.bifafarms.com
Email BIFA : boss@bifafarms.com
-------------------------------------
Pengurus Pentadbiran
Farah :
019-777 2684
farah@bifafarms.com
-------------------------------------
Pengurus Ladang
Rahmat:
019-774 3066
rahmat@bifafarms.com
-------------------------------------
Pengurus Pemasaran
Shamsuddin:
019- 774 6296
sham@bifafarms.com
-------------------------------------
DOWN LOAD PERCUMA
slide show BIFA Farms
Profail BIFA Farms
------------------------------------
Login Email
|
 |
|
ISIPADU : 1 LITER
B-EMS adalah
sejenis bakteria baik hasil daripada kultur campuran mikroorganism
hidup yang membantu Pertumbuhan bakteria patogen /
bakteria jahat yang Terdapat dalam sistem tumbesaran. sejenis kultur
campuran bakteri Fotosintetik,kulat penapaian, penternakan, pengepomposan,
rawatan bau, rawatan air, kegunaan isi rumah,
Penggunaannya mewujudkan pesekitaran
alam semulajadi yang stabil (neutral) sesuai kepada semua kehidupan.
Probac / biotik @ Effective
Microorganisms (EM) ‘bakteria baik’ hasil kultur campuran
dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria
patogen/bakteri jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. Probac @
EM adalah kultur campuran Bakteria asid laktik, Bakteria fotosintetik,
Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian,
perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan
isirumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah,
pembersihan dan lain-lain.
Penggunaan Probac @ EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.
Fungsi dan kebaikan Bakteria
-
Mengikat nitrogen di atmosfera.
-
Penguraian/pereputan bahan organik dan bahan buangan
-
Menghalang patogen-patogen jahat yang ada dalam tumbesaran
-
Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrient dalam tanaman
-
Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga
-
Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain
-
Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman
-
Complexation of heavy metals to limit plant uptake
-
Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien
-
Pengeluaran polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah
Contoh: Kebaikan EM dalam bidang pertanian
-
Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan,buah,dan kemasakan dalam tanaman
-
Memperbaiki secara fizikal,kimia dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga.
-
Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman
-
Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman
-
Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
-
Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak
Berdasarkan kepada perkara-perkara diatas dan kesan kebaikan EM,hasil dan kualiti tanaman adalah bertambah baik.
EM bukan hanya untuk pertanian malahan lebih luas dari itu dan contoh diatas sekadar menyebutkan kebaikan EM dalam bidang pertanian.
| JENIS |
KEKERAPAN |
KADAR |
| Rawatan biji benih |
Rendam sehari sebelum tanam |
1:10000 |
| Rawatan bau |
2x seminggu |
1:50 |
| Rawatan tanah |
4@8 rawatan setahun |
5 gelen per ekar atau
465ml / 1000 kps 3 |
| Semburan tanaman musim/tahunan (foliar spray) |
Setiap 2@6 minggu |
1:500-750 |
| Semburan tanaman pokok |
Setiap 2@6 minggu |
1: 100 – 1: 250 |
| Tanaman penutup bumi/turf |
Sebelum tanaman |
3 gelen se ekar atau
1:100 |
| Rumah kaca/tanaman pasu(potting) |
Tiap penyediaan |
60ml/20kg tanah atau 1:250 |
| Kompos |
Semasa penyediaan |
1.5 gelen/30kps3 |
| Pad penyejukan(closed system) |
Semasa penggunaan |
1:1000 |
| Semburan kandang/reban ternakan |
setiap 7@10hari |
1:50-100 |
| Minuman ternakan ayam |
setiap 7@10hari |
1:200 |
| Hidupan air/ikan (kolam) |
Mingguan/Sepusingan |
1:7000 -10000 |
| Tanaman cendawan |
Bancuhan media |
1:500 |
Keterangan lebih lanjut tentang B EMS
EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal.Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara.
Tiga genera mikrob tersebut(LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida(lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria2 yang tak bermanafaat.
EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.
EM dalam tasik, kolam, air pancuran dan akuarium.
Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda ianya juga dapat menaikkan nilai perniagaan. Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kstabilannya(balance). Jika air terbiar statik dalam jangkamasa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk. Menambah pengudaraan(water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.
Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiada mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air(neutralizesalts)—dimana bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.
Kadar dos adalah 1:10000, iaitu satu bahagian EM(probac) bagi setiap 10000 bahagian air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu. Penggunaan Mudball juga disarankan. Biarkan beberapa hari/minggu untuk EM(probac) bekerja untuk anda. Jika tinggi bahan organik(sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang.Proses Bioremediation semulajadi terjadi dan hanya biarkan EM bekerja.
EM adalah lowcost teknologi yang bertindak dengan cepat, berkesan dan secara signifikan menjimatkan wang anda jika diberikan dengan aplikasi yang betul.
Labels: air pancuran, akuarium, rawatan air, rawatan kolam, rawatan tasik
Konsep EM dan bagaimana EM bekerja
Konsep EM iaitu kumpulan kultur bakteria yang berfaedah, digunakan untuk tujuan mengawal mikroflora persekitaran bagi mengoptimumkan hasil,menghalang penyakit dengan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/tak berfaedah, meningkatkan kecekapan pengambilan bahan organik dan seterusnya meningkatkan biodiversiti mikrobiologi persekitaran.
Bakteria aerobik(oksigen),heterotropik(oksigen/tanpa oksigen) dan anaerobik(tanpa oksigen) cenderung bertindakbalas dgn persekitaran dan menghasilkan bahan2 yang tertentu melalui proses PENGURAIAN dan SINTESIS.Bakteria Penguraian terbahagi kpd 2 iaitu Penapaian(fermentation/oxidative) atau Pembusukan (putrefaction). Penapaian yang baik oleh bakteria aerobik/heterotropik/anaerobik akan menghasilkanmolekul ringkas seterusnya menghasilkan haba,tenaga,asid amino,air,oksigen,karbondioksida yang semuanya berpengaruh baik. Berbanding kepada proses pembusukan(putrefaction) oleh bakteria heterotropik/anaerobik yang menghasilkan sisa toksik kepada persekitaran seperti gas ammonia ataupun Hidrogen Sulfida yang busuk. Bakteria Sintesis mengikat Nitrogen/oksigen dari udara dan menukarkannya kepada asid amino, oksigen, protein dan karbohidrat. Bakteria sintesis berkebolehan mengikat karbondioksida menjadi molekul organik. Bakteria sintesis juga berkebolehan memecahkan ammonia dan menukarnya kepada gas tak berbahaya.
EM terdiri dari aerobik, heterotropik dan anaerobik bakteria yang berpengaruh baik.Apabila di dalam media, EM akan mengeluarkan hasil2 tindakbalas dan akan menghalang pembentukan tindakbalas kimia daripada bakteria tak berfaedah.Kebanyakan bakteria yang mendatangkan masalah adalah jenis heterotropik dan anaerobik. Setelah mikroflora bertukar, banyak molekul organik, tenaga, karbohidrat, oksigen, karbondioksida dsb terbentuk seterusnya meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien dan memelihara persekitaran. Mikrobiologi persekitaran akan meningkat dan secara tak langsung membantu ke arah persekitaran yang sihat.
Untuk keterangan lanjut hubungi atau temu janji ke:
Pengurus Ladang : Encik Rahmat ~ 019-774 3066
Pengurus Kewangan : Pn Farah Diba ~ 019-777 2684
Pengurus Pemasaran : En Shamsuddin ~ 019-774 6296
Email ke: boss@bifafarms.com
|
 |

|
|